Sunday, December 9, 2018

Kari Tulang Noxxa

Ok, alang- alang ada mood nak update blog, kita update la.. hahaha

Hari cuti je, keje aku memang memasak je la.. sebabnya aku suka makan, tapi cita- cita aku nak kurus.. sebabtu la dah akhir tahun cita-cita dan impian itu tak tercapai.. hehe

Pagi tadi masak nasi lemak je, ada balance bawak ke lunch.. by petang tu abis dah nasi. So malamnya aku kena masak la.  Semalam husband beli tulang lembu and daging sikit, planning asal nak buat sup, tapi dah 2 hari makan menu berasaskan sup, risau husband bosan. So jadi la kari tulang.. aku guna noxxa je.  Senang keje.. masak and tinggal, lain2 biar periuk tu je yang wat keje..



Bahan- bahan

● tulang and daging sikit
● bawang merah (10biji), bawang putih (3 ulas) , halia sedikit. Tumbuk kesemua bahan
● rempah 4 beradik
●rempah daging, saya guna rempah cap org terbang , 1 paket setengah
● 2 sudu besar kerisek
● garam and gula secukup rasa
● asam keping
● ubi kentang
●santan

Cara-cara
1. Tumiskan bahan tumbuk and rempah 4 beradik sampai wangi. (Mode stir fry)
2. Masukkan rempah daging dan sedikit air
3. Masukkan tulang and daging
4. Masukkan kerisek
5. Masukkan santan. 
6. Tukar ke mode high pressure, setkan kepada 35 min
7. Selepas release wap tu, tukar ke mode stir fry, masukkan kentang, asam keping, garam and gula secukup rasa.
8. Masakkan sampai masak.. 

Dah mudah je kan. Masa nak tunggu hp tu, aku sempat pegi basuh kain tudung pakai tangan lagi.. hahaha.. jadi mak2 kena multitasking. 
Ok, selamat mencuba.. 

Saturday, December 8, 2018

Pembedahan buang tonsil

Alhamdullilah... blog ini masih wujud rupanya..

Dari kisah anak seorang, sekarang dah anak 3..

Ok takpe, nak simpan cerita tentang pembedahan buang tonsil anak sulung aku, zharif.

Awal tahun, masa bulan 3, zharif diserang demam yang agak tinggi, hampir kena sawan. Masa dibawa ke emergency, doktor dapati tonsil dia kena jangkitan. Sebab tu la dia demam. Memang sebelum ini zharif dah ada follow up dengan ent di hospital uia kuantan, and doktor suggestkan suruh buang tonsil sebab tonsil dia saiz besar sangat.

Akhirnya selepas dipersetujui, akan dibuat masa hujung tahun senang ada cuti sekolah. Pada 5.12.18 zharif telah masuk ward untuk pemantauan sebelum operation pada 6.12.18. Mama tak dapat teman zharif sebab kena jaga aydan dan nawra. So abahla yang jaga zharif.. tq abah !.

Malam tu zharif dah kena puasa, sebab esok pagi nak masuk ot dah. Nak operate ni, badan kena sihat ye, tak de demam, batuk or selsema pon.
Sebelum masuk bilik bedah

Bila dah siap siap nk masuk tu, abah boleh teman lagi. Selepas kena bius, abah dah kena keluar, sedih tengok keadaan zharif macam tu kan. 


Keadaan selepas pembedahan, and itu adalah tonsil yang telah dibuang.

Sekarang masih dalam proses recovery, masih lemah lagi sebab nak makan susah lagi. Harap abang zharif cepat sembuh.. 
Mama sayang zharif 💗💗

Kari Tulang Noxxa

Ok, alang- alang ada mood nak update blog, kita update la.. hahaha Hari cuti je, keje aku memang memasak je la.. sebabnya aku suka makan, ...