Sunday, December 9, 2018

Kari Tulang Noxxa

Ok, alang- alang ada mood nak update blog, kita update la.. hahaha

Hari cuti je, keje aku memang memasak je la.. sebabnya aku suka makan, tapi cita- cita aku nak kurus.. sebabtu la dah akhir tahun cita-cita dan impian itu tak tercapai.. hehe

Pagi tadi masak nasi lemak je, ada balance bawak ke lunch.. by petang tu abis dah nasi. So malamnya aku kena masak la.  Semalam husband beli tulang lembu and daging sikit, planning asal nak buat sup, tapi dah 2 hari makan menu berasaskan sup, risau husband bosan. So jadi la kari tulang.. aku guna noxxa je.  Senang keje.. masak and tinggal, lain2 biar periuk tu je yang wat keje..



Bahan- bahan

● tulang and daging sikit
● bawang merah (10biji), bawang putih (3 ulas) , halia sedikit. Tumbuk kesemua bahan
● rempah 4 beradik
●rempah daging, saya guna rempah cap org terbang , 1 paket setengah
● 2 sudu besar kerisek
● garam and gula secukup rasa
● asam keping
● ubi kentang
●santan

Cara-cara
1. Tumiskan bahan tumbuk and rempah 4 beradik sampai wangi. (Mode stir fry)
2. Masukkan rempah daging dan sedikit air
3. Masukkan tulang and daging
4. Masukkan kerisek
5. Masukkan santan. 
6. Tukar ke mode high pressure, setkan kepada 35 min
7. Selepas release wap tu, tukar ke mode stir fry, masukkan kentang, asam keping, garam and gula secukup rasa.
8. Masakkan sampai masak.. 

Dah mudah je kan. Masa nak tunggu hp tu, aku sempat pegi basuh kain tudung pakai tangan lagi.. hahaha.. jadi mak2 kena multitasking. 
Ok, selamat mencuba.. 

No comments:

Kari Tulang Noxxa

Ok, alang- alang ada mood nak update blog, kita update la.. hahaha Hari cuti je, keje aku memang memasak je la.. sebabnya aku suka makan, ...